Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota Parlimen Britain bahaskan perjanjian Brexit

Mantan Menteri Luar Britain, Boris Johnson, menggesa parlimen negara itu supaya mengundi bagi menentang perjanjian Brexit kerajaan, sambil mempersendakan dan menyifatkan perjanjian tersebut sebagai sesuatu yang memalukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Dec 2018 07:35AM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 10:00PM

BRITAIN: Mantan Menteri Luar Britain, Boris Johnson, menggesa parlimen negara itu supaya mengundi bagi menentang perjanjian Brexit kerajaan, sambil mempersendakan dan menyifatkan perjanjian tersebut sebagai sesuatu yang memalukan.

Encik Johnson membuat komen-komen itu selepas para penggubal undang-undang Dewan Rakyat mendapati bahawa kerajaan memandang hina Parlimen buat julung-julung kalinya dalam sejarah negara itu. Ini kerana ia enggan menerbitkan sepenuhnya nasihat guaman mengenai pengunduran Britain daripada Kesatuan Eropah (EU).

Secara keseluruhannya, kerajaan sudah hilang tiga undi dalam Dewan Rakyat. Ini termasuk satu pindaan untuk memberi para Anggota Parlimen kuasa bagi langkah-langkah seterusnya, sekiranya Parlimen tidak meluluskan perjanjian untuk Britain menarik diri dari EU seminggu dari sekarang.

Pemimpin pembangkang Jeremy Corbyn berkata perjanjian Perdana Menteri Britain Theresa May "dilakukan tanpa pengetahuan tentang kesannya".

Encik Corbyn juga mengatakan bahawa Cik May seharusnya memeterai perjanjian yang lebih baik atau jangan memeterainya sama sekali.

Cik May bagaimanapun mempertahankan perjanjian yang dirundingkan beliau dengan EU, sambil mengatakan bahawa meskipun ia "bukan satu perjanjian yang sempurna", ia adalah perjanjian yang terbaik mungkin.

Cik May turut memberitahu para penggubal undang-undang bahawa pilihan mereka adalah jelas - sama ada untuk meluluskan perjanjian itu atau tidak sama sekali, atau berdepan dengan risiko tanpa perjanjian Brexit langsung.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan