Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anggota kabinet Lubnan letak jawatan susuli desakan rakyat

Presiden Lubnan Michel Aoun pada Isnin (10 Ogos) menerima peletakan jawatan pemerintah yang mentadbir dan melantik Perdana Menteri Hassan Diab sebagai ketua pemerintah sementara, lapor agensi berita Anadolu.

Anggaran Waktu Membaca:
Anggota kabinet Lubnan letak jawatan susuli desakan rakyat

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 11 Aug 2020 01:30PM Dikemas Kini : 11 Aug 2020 01:55PM

ANKARA/BEIRUT: Presiden Lubnan Michel Aoun pada Isnin (10 Ogos) menerima peletakan jawatan pemerintah yang mentadbir dan melantik Perdana Menteri Hassan Diab sebagai ketua pemerintah sementara, lapor agensi berita Anadolu.

Langkah tersebut berlaku di tengah-tengah kemarahan orang ramai mengenai letupan dahsyat minggu lalu di ibu kota Beirut.

Ketua Pengarah Pejabat Presiden Antoine Choucair dalam satu sidang media berkata Aoun mengucapkan terima kasih kepada Diab dan barisan menteri dan "meminta mereka untuk terus menjalankan tugas sehingga pemerintah baru dibentuk."

Pada Isnin, Menteri Kesihatan Hamad Hassan memberitahu para wartawan bahawa semua anggota Kabinet Lubnan menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri untuk disampaikan kepada Presiden.

Sebelum ini pada hari yang sama, Menteri Kehakiman Marie-Claude Najm dan Menteri Kewangan Ghazi Wazni mengundurkan diri. Menteri Penerangan Manal Abdel-Samad dan Menteri Alam Sekitar Damianos Kattar pula meletakkan jawatan pada Ahad (9 Ogos).

Enam anggota parlimen turut mengundurkan diri daripada 128 anggota parlimen dalam bantahan terhadap letupan dahsyat yang mengorbankan 163 mangsa dan menyebabkan 6,000 yang lain cedera.

Dianggarkan kira-kira 300,000 orang awam kehilangan tempat tinggal.

Menteri Perhubungan Talal Hawat dan Ghada Chreim - menteri pengganti - dalam pertemuan itu berkata pengunduran diri pemerintah adalah sesuatu yang "tidak dapat dielakkan." 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan