Images
  • electric storm
    Petikan skrin Storyful Rights Management/Youtube.

Anda pernah lihat ribut elektrik? Video ini papar fenomena itu di Australia itu

KIMBERLEY, AUSTRALIA: Hujung tahun ini, cuaca di Singapura tidak tentu - kadangkala panas terik pada waktu pagi dan tiba-tiba hujan lebat ketika senja menyusul. Jiran Asia Pasifik kita di Australia juga turut mengalami cuaca yang cepat berubah tetapi keadaan di sana kelihatan lebih melampau.

Antara fenomena alam yang melanda negara tersebut adalah ribut elektrik. Sebuah video oleh Geoff Green yang kian tular di media sosial memaparkan awan hitam menyelubungi bumi Kimberley di Australia Barat, berlatarbelakangkan pancaran cahaya terang yang berganti-ganti seperti persembahan lampu di sebuah konsert.


Menurut agensi berita tempatan, Nine.com.au, Puting-Beliung Dahlia sedang bergerak ke kawasan berkenaan lantas menyebabkan ribut elektrik yang menakjubkan itu.

Meskipun jarang dilihat, ribut berkenaan merupakan sesuatu yang lumrah berlaku, menurut pakar meteorologi, Graeme Brittain.

"Ia biasa berlaku di kawasan Kimberley ini tetapi oleh sebab ia tidak dihuni ramai penduduk, kemungkinan ribut itu dirakam tidak tinggi," katanya kepada Nine.com.au.

Bagaimanapun, Encik Brittain menambah bahawa ribut-ribut demikian sangat berbahaya disebabkan kilat yang menyusuli dan tempat berlindung yang paling selamat adalah dalam sebuah kenderaan dan bukan di bawah pokok, lebih-lebih lagi di kawasan terbuka.  

- Agensi berita/SM/nk

Top