Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anda penggemar kasut? Ini dia kasut daripada kulit ikan

Sebuah kedai kasut di Munich, Jerman semakin mendapat perhatian ramai kerana menghasilkan kasut-kasut buatan tangan daripada kulit ikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jan 2018 05:28PM Dikemas Kini : 27 Jan 2018 09:12PM

MUNICH: Sebuah kedai kasut di Munich, Jerman semakin mendapat perhatian ramai kerana menghasilkan kasut-kasut buatan tangan daripada kulit ikan.

Sepasang kasut kulit ikan dijual pada harga bermula dari €1,000 (S$1625).

Adik beradik Florian dan Michael Koppitz adalah generasi kelima pewaris perniagaan keluarga yang menggunakan pelbagai jenis kulit ikan dari ikan keli, salmon dan kerapu untuk membuat kasut.

Mereka mengambil masa antara tiga hari hingga seminggu untuk menghasilkan sepasang kasut yang tiada duanya ini.

Setiap tahun, hanya 45 pasang kasut kulit ikan dihasilkan di sini.

Hasil kerja inovatif adik beradik Koppitz ini pernah memenangi anugerah negara Bavaria pada 2015.

Lazimnya kulit ikan akan hanya dibuang jika tidak digunakan untuk menghasilkan kasut.

Sumber : Reuters/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan