Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anda merancang ke Johor Timur Disember ini? Awas ribut petir

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menjangkakan akan berlaku empat hingga lima episod hujan lebat berterusan selama beberapa hari sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang bermula pertengahan bulan ini hingga Januari, menurut laporan Astro AWANI.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda merancang ke Johor Timur Disember ini? Awas ribut petir

Mangsa-mangsa akibat Taufan Harvey. (Gambar: REUTERS/Adrees Latif)

Diterbitkan : 11 Nov 2017 09:26AM Dikemas Kini : 11 Nov 2017 09:29AM

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) menjangkakan akan berlaku empat hingga lima episod hujan lebat berterusan selama beberapa hari sepanjang tempoh Monsun Timur Laut yang bermula pertengahan bulan ini hingga Januari, menurut laporan Astro AWANI.

Ketua Pengarahnya, Encik Alui Bahari berkata keadaan tersebut boleh menyebabkan banjir di kawasan yang cenderung banjir dan kawasan rendah.

“Tiupan angin Monsun Timur Laut dijangka menyebabkan Kelantan dan Terengganu menerima kesannya bermula pada pertengahan November dan Disember, manakala Pahang dan Johor Timur bermula Disember dan Januari.

“Amaran awal bagi episod hujan lebat semasa Monsun Timur Laut akan dikeluarkan seawal satu hingga tiga hari manakala amaran ribut petir akan dikeluarkan sekiranya terdapat tanda-tanda intensiti ribut petir semakin meningkat,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Menurut Encik Alui Bahari, dalam fasa berkenaan, kejadian hujan lebat dan ribut petir setempat dalam jangka masa singkat serta angin kencang lebih kerap berlaku pada waktu petang dan awal malam.

Dalam laporan Astro AWANI itu, beliau menasihati orang ramai agar peka dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan jabatan itu dan mematuhi garis panduan keselamatan.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan