Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ancaman demam khinzir, Australia hantar pulang pelancong Vietnam kerana bawa daging babi mentah

Dalam satu langkah yang paling tegas untuk mengekang penularan virus demam khinzir pihak berkuasa Australia menghantar pulang seorang pelancong dari Vietnam.

Anggaran Waktu Membaca:
Ancaman demam khinzir, Australia hantar pulang pelancong Vietnam kerana bawa daging babi mentah
Diterbitkan : 15 Oct 2019 08:24PM Dikemas Kini : 15 Oct 2019 08:30PM

SYDNEY: Dalam satu langkah yang paling tegas untuk mengekang penularan virus demam khinzir pihak berkuasa Australia menghantar pulang seorang pelancong dari Vietnam.

Ini selepas wanita itu gagal mengisytiharkan daging khinzir dan makanan-makanan lain dalam begnya, setibanya di lapangan terbang Sydney.

Ini merupakan kali pertama seseorang itu dihantar pulang ke negara asalnya, di bawah peraturan visa baru Australia, bagi mengekang penularan demam khizir di negara itu.

Para pegawai Australia menemui 10 kilogram telur burung, sotong dan daging khinzir dalam beg pelancong Vietnam itu.

Dia juga diharamkan daripada kembali ke Australia selama tiga tahun.

Menteri Pertanian Australia memberi amaran kepada para pelawat dari negara-negara asing terutama negara-negara yang terjejas oleh penularan virus demam khinzir, supaya jangan membawa kiriman daging itu walaupun di dalam beg tangan.

Pihak berkuasa Australia katanya akan bertindak mengikut kuasa penuh kerana tidak mahu ada sebarang risiko ke atas sektor agro pertanian negara itu.

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan