Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ancaman bom bangunan Sri Pentas palsu

Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama dikosongkan susuli panggilan ancaman bom namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

Anggaran Waktu Membaca:
Ancaman bom bangunan Sri Pentas palsu

Kesemua kakitangan diarah keluar dalam insiden ancaman bom. (Gambar: @RosmanPositivo/ Twitter)

Diterbitkan : 29 Aug 2018 09:11AM Dikemas Kini : 29 Aug 2018 09:14AM

PETALING JAYA: Bangunan Sri Pentas di Bandar Utama dikosongkan susuli panggilan ancaman bom namun pihak polis mengesahkan tiada objek mencurigakan ditemui.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya menerima panggilan mengenai ancaman bom berkenaan pada 10.12 malam semalam (28 Ogos) daripada seorang lelaki. Menurut Astro Awani, lelaki berkenaan mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi.

Pasukan unit bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor segera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Tindakan polis mengarahkan kesemua staf keluar dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang objek yang mencurigakan ditemui. Ini hanyalah panggilan palsu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini (29 Ogos).

ACP Mohd Zani berkata kesemua kakitangan di Sri Pentas dibenarkan masuk kembali ke bangunan itu pada sekitar 1.30 pagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.  

Sumber : Bernama/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan