Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak gali kubur ibu di Indonesia selepas 40 hari dikebumi

 Hanya kerana terlalu sedih dan merindui ibunya, seorang lelaki di wilayah Probolinggo, Jawa Timur, bertindak menggali semula kubur, lalu membawa jenazah ibunya balik ke rumah selepas 40 hari meninggal dunia, lapor media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak gali kubur ibu di Indonesia selepas 40 hari dikebumi
Diterbitkan : 16 Oct 2019 10:58PM Dikemas Kini : 16 Oct 2019 11:00PM

JAKARTA: Hanya kerana terlalu sedih dan merindui ibunya, seorang lelaki di wilayah Probolinggo, Jawa Timur, bertindak menggali semula kubur, lalu membawa jenazah ibunya balik ke rumah selepas 40 hari meninggal dunia, lapor media tempatan.

Laman Jakarta Post melaporkan, polis tempatan mengesahkan lelaki yang dikenali sebagai Nasir itu tinggal di kampung Batur, daerah Gading, sedangkan ibunya dikebumikan di kampung Kedungsumur, daerah Pekuniran. Beliau juga dikatakan mempunyai masalah mental.

Penduduk Kedungsumur, Encik Amir berkata, kejadian itu mengejutkan penduduk kampung.

“Nasir menggali kubur ibunya selepas 40 hari kematian dan jenazah ibunya dibawa pulang ke rumah. Demi mengelak dirinya ditangkap, Nasir meletakkan jenazah ibunya di dalam karung guni,” katanya.

Menurut Encik Amin, tindakan Nasir itu tidak disedari kerana kawasan tanah perkuburan itu terletak di dalam hutan dan kawasan itu jarang diziarahi orang ramai.

Nasir dikatakan menyimpan jenazah ibunya beberapa hari, sehingga ia disedari saudaranya yang dikenali sebagai Sul. Sul mengarahkan Nasir mengebumikan kembali jenazah ibunya.

Akhirnya, Ahad lalu, Nasir mengebumikan kembali jenazah ibunya di lokasi perkuburan asal.

Polis Pakuniran, Inspektor Habi Sutoko berkata, Nasir adalah anak ketiga Sumarto dan mempunyai masalah mental yang kronik.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan