Anak ayam jadi 'penawar' kanak-kanak hakis ketagihan peranti digital
BANDUNG: Pemerintah di Bandung, Indonesia memperkenalkan program membela anak ayam bagi mengatasi masalah ketagihan gadget atau peranti digital dalam kalangan kanak-kanak.
Menurut laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, setiap kanak-kanak akan diberikan seekor anak ayam untuk dijaga dan sekiranya berjaya membelanya sehingga dewasa, mereka akan diberikan tiga lagi ekor anak ayam untuk dijaga.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi di akaun Twitternya, gambar adiknya yang berjaya memelihara anak ayam hingga dewasa.
Catatan Twitter itu mendapat pelbagai respons positif daripada netizen.
Catatan itu berbunyi: "Memperkenalkan, adik saya, Kiptan Aulia Lestari yang memelihara dari anak ayam itu berwarna kuning sehingga hilang warnanya (ayam dah dewasa)."
Menurutnya, kaedah itu sememangnya sangat berkesan membendung ketagihan yang dialami adiknya.
Perkenalkan, adik saya, Kintan Aulia Lestari. Melihara ayam dari kuning ampe ilang warnanya. Selama melihara ayam dia masih main game dan nonton Youtube. Ngerjain pr langsung abis pulang sekolah, ranking 10. Be like my sister, guysssss https://t.co/achBQCzkE9 pic.twitter.com/2pdkrGzbRs
— Krystal (@krystalk2me) October 22, 2019
Meskipun adiknya masih lagi bermain dengan telefon bijak dan menonton video di YouTube, namun, ia bagi tempoh lebih singkat berbanding sebelum ini.
“Selama memelihara ayam, dia masih main games dan menonton YouTube namun akan lebih meluangkan masa bersama ayamnya bila pulang sekolah. Raking 10, jadilah seperti adik saya semua,” tulis pengguna Twitter, @krystalk2me tersebut.
Malah, beliau juga berkongsi video yang menunjukkan adiknya bermain dengan ayamnya yang ditonton lebih 109,900 kali dan dikongsi di Twitter sebanyak 25,000 kali.
- Agensi berita/HA/ha