Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Anak 5 tahun jatuh balkoni hotel, bapa tidur kepenatan

Tular di media sosial baru-baru ini adalah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang kanak-kanak memanjat penghadang balkoni sebuah hotel sebelum terjatuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Anak 5 tahun jatuh balkoni hotel, bapa tidur kepenatan

Gambar fail sebuah hotel. (Gambar: CNA/macaulifestyle.com)

Diterbitkan : 14 May 2019 05:29PM Dikemas Kini : 14 May 2019 06:02PM

PATTAYA: Tular di media sosial baru-baru ini adalah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan seorang kanak-kanak memanjat penghadang balkoni sebuah hotel sebelum terjatuh.

Dalam insiden yang dilaporkan berlaku di Pattaya itu, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berkenaan terjatuh dari tingkat tinggi hotel yang terletak di Pantai Jomtien pada Ahad (12 Mei).

Astro Awani melaporkan, kanak-kanak itu walau bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami kecederaan akibat patah tangan dan kaki.

Menurut laporan media tempatan, bapa mangsa Decha Sukphlam, 43 tahun, tertidur akibat kepenatan dan tidak sedar anaknya keluar dari bilik.

Encik Sukphlam yang bertugas sebagai pegawai imigresen membawa anaknya ke hotel itu untuk urusan kerja di Pattaya, lapor Ruk Siam News.

Menurut Encik Sukphlam, anaknya mengalami masalah berjalan ketika tidur.

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak itu berlari di koridor dan kelihatan seperti cuba mencari bilik yang didiaminya, menurut laporan Astro Awani.

Setelah gagal membuka pintu sebuah bilik, dia kemudian dilihat memanjat penghadang balkoni dan bergantung pada selusur sebelum terjatuh.

Media tempatan bagaimanapun tidak menyatakan secara pasti tingkat hotel di mana kanak-kanak itu terjatuh, lapor Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan