Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amsterdam akan haramkan semua kenderaan yang guna minyak petrol mulai 2030

Amsterdam akan mengharamkan penggunaan kereta dan motosikal yang menggunakan gasolin dan diesel mulai tahun 2030 dalam usaha mengurangkan pencemaran udara.

Anggaran Waktu Membaca:
Amsterdam akan haramkan semua kenderaan yang guna minyak petrol mulai 2030

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 03 May 2019 03:19PM Dikemas Kini : 03 May 2019 03:23PM

AMSTERDAM: Amsterdam akan mengharamkan penggunaan kereta dan motosikal yang menggunakan gasolin dan diesel mulai tahun 2030 dalam usaha mengurangkan pencemaran udara.

Walaupun basikal digunakan dengan meluas, paras pencemaran udara di Belanda adalah lebih tinggi daripada apa yang dibenarkan di bawah peraturan Eropah.

Ini disebabkan oleh keadaan trafik yang selalu sesak pada waktu-waktu sibuk di bandar-bandar seperti Amsterdam dan Rotterdam.

Amsterdam merancang untuk menggantikan semua kenderaan yang menggunakan petrol kepada alternatif bebas pencemaran elektrik dan hidrogen menjelang akhir dekad akan datang.

Ia akan mula mengharamkannya secara bertahap-tahap mulai tahun depan.

Pihak berkuasa Amsterdam akan menggunakan subsidi dan permit meletak kereta bagi menggalak orang ramai bertukar kepada kereta-kereta elektrik dan hidrogen.

Sumber : Agensi berita/NA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan