Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika Syarikat, Venezuela adakan perbincangan sulit bagi huraikan konflik

Presiden Venezuela Nicolas Maduro pada Selasa (20 Ogos) mengesahkan sudah mengadakan rundingan sulit dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara yang sudah berlarutan sejak sekian lama, lapor agensi berita Anadolu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika Syarikat, Venezuela adakan perbincangan sulit bagi huraikan konflik

Gambar fail Nicolas Maduro (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 21 Aug 2019 06:36PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 06:39PM

CARACAS: Presiden Venezuela Nicolas Maduro pada Selasa (20 Ogos) mengesahkan sudah mengadakan rundingan sulit dengan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) untuk menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara yang sudah berlarutan sejak sekian lama, lapor agensi berita Anadolu. 

"Terdapat beberapa perbincangan diadakan di antara pentadbiran Trump dan pemerintah Venezuela untuk mencari penyelesaian kepada konflik yang tercetus antara kita dengan pemerintah Amerika Utara," ujarnya semasa satu majlis di bandar La Guaria.

Encik Maduro berkata beliau akan terus berhubung dengan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, pada Isnin (19 Ogos), Naib Presiden Parti Sosialis, Encik Diosdado Cabello menafikan terdapat perbincangan sulit tersebut.

Encik Maduro turut menegaskan pihaknya akan senantiasa mempertahankan perpaduan di Venezuela dan sudah bersedia untuk mengadakan rundingan bagi mencari penyelesaian. 

"Tetapi andai anda menyerang kami, kami akan bertindak balas," beliau memberi amaran.

Venezuela terjerumus ke dalam kancah pergolakan politik sejak 10 Januari lalu, sebaik Encik Maduro mengangkat sumpah sebagai Presiden untuk penggal kedua.

Pada 23 Januari lalu, ketegangan terus memuncak apabila pemimpin pembangkang Juan Guaido mengumumkan dirinya selaku presiden sementara.

Encik Maduro bagaimanapun mendapat sokongan daripada Rusia, China, Iran serta Turki. 

Sementara Sepanyol, Britain, Perancis, Sweden, Jerman, Jepun serta Denmark menyokong Amerika Syarikat dan Kanada yang mengiktiraf Encik Guaido sebagai presiden sementara yang sah.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan