Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika Syarikat gunakan ujian DNA untuk satukan kanak-kanak pendatang dengan ibu bapa

Seramai 3,000 kanak-kanak pendatang jalani ujian DNA untuk disatukan semula dengan keluarga mereka

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika Syarikat gunakan ujian DNA untuk satukan kanak-kanak pendatang dengan ibu bapa

(Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 06 Jul 2018 01:21PM Dikemas Kini : 06 Jul 2018 01:35PM

WASHINGTON: Para pegawai Amerika Syarikat menggunakan ujian DNA ke atas 3,000 kanak-kanak pendatang yang ditahan, yang terpisah daripada ibu bapa mereka.

Demikian menurut seorang pegawai kanan semalam (5 Jul) sedang pentadbiran Presiden Donald Trump berusaha menyatukan golongan keluarga di tengah-tengah krisis sempadan negara itu.

Langkah baru yang mencetuskan kontroversi itu adalah sebahagian daripada usaha pihak pemerintah Amerika Syarikat untuk menepati tarikh akhir yang ditetapkan mahkamah bertujuan menyatukan semula anak-anak dengan ibu bapa mereka. Langkah tersebut juga menyusuli desakan Presiden Trump ke atas Kongres sekali lagi untuk meneliti undang-undang imigresen Amerika yang "bercelaru".

Lazimnya, ujian DNA digunakan sebagai langkah terakhir bagi tujuan mengenalpasti identiti sekiranya sijil kelahiran ataupun dokumen-dokumen lain tidak wujud. Ujian DNA digunakan bagi mempercepat proses memenuhi perintah seorang hakim untuk menyatukan semula keluarga-keluarga menjelang 26 Jun dan Selasa depan (10 Jul) bagi sekitar 100 kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.

Sekitar 11,800 kanak-kanak berada di bawah sistem penjagaan Amerika selepas menyeberangi sempadan dari Mexico. 80 peratus daripada mereka terdiri daripda golongan remaja kebanyakannya lelaki yang memasuki Amerika secara sendiri.

Sebelum ini, pentadbiran Trump menyatakan bahawa hanya 2,000 kanak-kanak yang terpisah dari keluarga mereka berada di bawah sistem penjagaan Amerika.

Namun, para pengkritik memberi amaran bahawa kanak-kanak tidak berupaya memberi keizinan untuk ujian-ujian sedemikian yang boleh digunakan untuk pemantauan lanjut. Selain itu, dasar tersebut menunjukkan bahawa pihak pemerintah Amerika tidak pernah mendaftarkan para pendatang dengan teratur apabila mereka pertama kali ditahan.

Sumber : AFP/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan