Images
  • us afghan
    (Gambar: AP)

Amerika secara rasmi berundur dari peperangan dua dekad di Afghanistan

KABUL: Amerika Syarikat secara rasmi mula mengundurkan kesemua askarnya dari Afghanistan.

Kumpulan terakhir yang terdiri daripada 2,500 askar akan pulang ke Amerika sebelum ulang tahun serangan 11 September.

Pengunduran tentera itu akan menandakan tamatnya perang selama 20 tahun di Afghanistan.

Namun, terdapat keprihatinan pasukan Taliban mungkin melancarkan serangan terhadap tentera Amerika yang masih ada di negara itu.

Menurut sumber-sumber keselamatan, para pemberontak memasang bahan letupan di beberapa kawasan di Afghanistan.

Para pemerhati berkata pengunduran tersebut juga mungkin menghidupkan semula ancaman Al Qaeda.

Malah, mereka juga bimbang pasukan Taliban mungkin menggulingkan pemerintah Afghan. 

- AFP/AA/fz

Top