Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amerika pandang serius serangan dron korbankan pekerja bantuan Afghanistan

Pentadbiran Presiden Joe Biden memandang serius insiden serangan dron yang mengorbankan seorang pekerja bantuan Afghanistan, yang mungkin disalah anggap sebagai pengganas, lapor Sputnik, memetik kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken di sidang kongres.

Anggaran Waktu Membaca:
Amerika pandang serius serangan dron korbankan pekerja bantuan Afghanistan

Tentera Amerika Syarikat menjalankan rondaan di lapangan terbang Kabul. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 14 Sep 2021 12:27PM Dikemas Kini : 14 Sep 2021 12:30PM

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden memandang serius insiden serangan dron yang mengorbankan seorang pekerja bantuan Afghanistan, yang mungkin disalah anggap sebagai pengganas, lapor Sputnik, memetik kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken di sidang kongres.

"Saya tahu berkenaan serangan dron yang dimaksudkan. Kami sedang siasat dengan teliti kejadian itu dengan terperinci untuk kita tahu apa sebenarnya yang berlaku atau tidak berlaku," kata Encik Blinken ketika ditanya mengenai laporan berhubung tentera Amerika Syarikat (AS) membunuh seorang anggota kumpulan pengganas Daesh-Khorasan pada Isnin (13 Sep).

Pada Jumaat (10 Sep), New York Times mendedahkan sebuah video Zemari Ahmadi yang bekerja di agensi bantuan AS, mungkin disalah anggap oleh tentera AS sebagai pengganas Daesh-Khorasan, sebelum serangan dron yang mengorbankan sepuluh orang awam, termasuk tujuh kanak-kanak pada 29 Ogos.

Ahmadi yang bekerja sebagai jurutera elektrik untuk badan bukan pemerintah AS, Nutrition and Education International, keluar dari rumahnya pada 29 Ogos untuk menjemput rakan sekerja dan mengambil komputer riba milik ketuanya.

Menurut laporan itu, tentera AS mengesyaki sedan putih yang dinaiki mangsa meninggalkan “rumah Daesh” serta meminta pemandu berhenti beberapa kali.

Tentera mungkin menganggap Toyota Corolla berwarna putih milik Ahmadi sarat dengan bahan letupan untuk digunakan bagi menentang tentera AS di lapangan terbang Kabul. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan