Images
  • trump (3)
    Presiden Donald Trump. (Gambar: Leah Millis/REUTERS)

Amerika mula operasi tangkap pendatang asing tanpa dokumen

WASHINGTON: Operasi pihak berkuasa Amerika membanteras dan menangkap para pendatang asing tanpa dokumen, dijadual bermula hujung minggu ini (13 Jul).

Ia termasuk 10 bandar utama Amerika seperti New York, Chicago dan Miami.

Siri serbuan itu menyasarkan sekurang-kurangnya 2,000 pendatang asing yang sudah diarahkan kembali ke negara asal mereka.

Bagaimanapun ia juga mungkin melibatkan mereka yang mungkin kebetulan berada di tempat yang sama ketika serbuan dijalankan.

Presiden Donald Trump bertekad untuk menggandakan usaha membanteras kemasukan pendatang haram dan sudah mengeluarkan tweet mengenainya, bulan lalu.

Pemimpin Amerika itu kemudian melengahkan operasi berkenaan selama dua minggu selepas siri serbuan tersebut dibocorkan, baru-baru ini.

Menjelang operasi serbuan itu, tunjuk-tunjuk perasaan membantahnya sudah diadakan di jalan-jalan raya Philadelphia semalam.

Para penggiat imigresen juga menggandakan usaha mendidik keluarga-keluarga berisiko tentang hak-hak mereka sekiranya berlaku serbuan.

Ramai ahli kongres Amerika menyifatkan pelan tindakan Presiden Trump itu sebagai sesuatu yang zalim.

- Agensi berita/AA/na

Top