Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran risiko tanah runtuh, banjir di Indonesia akibat puting beliung kedua

Agensi kaji cuaca Indonesia memberi amaran pada Jumaat (9 Apr) bahawa puting beliung tropika yang kedua dalam tempoh seminggu mungkin mencetuskan banjir dan tanah runtuh di lebih banyak kawasan tengah setelah puting beliung Seroja mengorbankan 163 orang di bahagian timur negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran risiko tanah runtuh, banjir di Indonesia akibat puting beliung kedua

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Apr 2021 06:19PM Dikemas Kini : 09 Apr 2021 06:26PM

JAKARTA: Agensi kaji cuaca Indonesia memberi amaran pada Jumaat (9 Apr) bahawa puting beliung tropika yang kedua dalam tempoh seminggu mungkin mencetuskan banjir dan tanah runtuh di lebih banyak kawasan tengah setelah puting beliung Seroja mengorbankan 163 orang di bahagian timur negara itu.

Para penyelamat masih mencari penduduk yang hilang dan bergegas untuk menghulurkan bantuan ke pulau di wilayah Nusa Tenggara Timur setelah puting beliung Seroja membadai kawasan itu dan menyebabkan hujan lebat, banjir dan tanah runtuh pada Ahad (4 Apr).

Ketua agensi kaji cuaca Indonesia menyatakan puting beliung baru yang diberi nama Odette, semakin menjadi kuat dan mungkin melanda wilayah Lampung di pulau Sumatera serta wilayah Jawa Timur, Jawa Tengah dan pulau Bali.

"Orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada menghadapi ribut dan hujan lebat yang mungkin berlaku di beberapa kawasan dan ancaman banjir, tanah runtuh dan banjir kilat," kata Dwikorita Karnawati dalam satu sidang media.

Walaupun Odette dijangka tidak akan menyebabkan kerosakan teruk seperti Seroja, beliau memberi amaran ia akan mencetuskan ombak setinggi enam meter di selatan Lautan Hindi dekat Jawa dan Bali, menggesa para nelayan supaya berwaspada.

Ribuan rumah rosak akibat Seroja dan lebih daripada 22,800 penduduk terpaksa dipindahkan, menurut data dari agensi bencana Indonesia, manakala 45 penduduk dilaporkan masih hilang.

Presiden Joko Widodo melawat Nusa Tenggara Timur pada Jumaat bagi meninjau usaha menyelamat. Menurutnya meskipun keperluan penduduk di kawasan-kawasan yang beliau kunjungi dapat dipenuhi, akses ke kawasan-kawasan tersebut disukarkan oleh adanya bongkah-bongkah batu yang besar.

"Kalau kita lihat di lapangan memang keadaannya berbatu, batu yang besar-besar, lantas menyukarkan peralatan berat untuk masuk," ujarnya.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan