Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran pencemaran udara 'risiko kesihatan terbesar' di Eropah

Kesatuan Eropah (EU) melaporkan bahawa pencemaran udara menyebabkan kematian awal kira-kira 400,000 orang setiap tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran pencemaran udara 'risiko kesihatan terbesar' di Eropah

(Gambar: Gerard Julien/ AFP)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 10:36PM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 10:45PM

LONDON: Kesatuan Eropah (EU) melaporkan bahawa pencemaran udara menyebabkan kematian awal kira-kira 400,000 orang setiap tahun. Laporan yang diterbitkan Mahkamah Juruaudit Eropah menyatakan bahawa pencemaran udara kini adalah "risiko alam sekitar terbesar" yang menjejas kesihatan awam di Eropah.

Bagaimanapun, pihak pemerintah gagal menangani krisis tersebut sebaik mungkin. Menurut laporan itu lagi terdapat kekurangan hukum berhubung perkara ini di seluruh benua berkenaan.

Menurut The Guardian meskipun, keadaan sudah di tahap serius, negara anggota EU dilaporkan gagal bertindak, dengan piawaian untuk mutu udara jauh di belakang garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pencemaran udara menyebabkan sekitar 400,000 orang mati awal setiap tahun - sehingga 40,000 daripadanya di Britain. Bagaimanapun,sejak 2010 kerajaan UK sudah melanggar piawai mutu udara Eropah dan kini menghadapi denda bernilai berjuta-juta pound di mahkamah Eropah.

The Guardian melaporkan bahawa UK merupakan salah satu daripada 11 negara yang dituduh bulan lalu oleh Biro Alam Sekitar Eropah kerana tidak mematuhi had pencemaran EU dengan amalan "manipulasi" paras gas nitrogen dioksida yang berbahaya.

Dalam audit mereka, mahkamah EU menggesa agar undang-undang mutu udara di Eropah diselaraskan dengan piawaian WHO, lapor The Guardian lagi.

Encik Janusz Wojciechowski, wartawan utama audit itu, memberitahu akhbar Guardian bahawa jumlah kematian disebabkan pencemaran udara adalah sesuatu yang "tidak boleh diterima". 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan