Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran gunung berapi Mayon Filipina dinaikkan ke Tahap 4

Tahap amaran gunung berapi Mayon di Filipina dinaikkan daripada tahap tiga kepada empat yang bermaksud kemungkinan "letusan berbahaya akan berlaku", lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran gunung berapi Mayon Filipina dinaikkan ke Tahap 4

Gunung berapi Mayon memuntahkan lahar hari ini (22 Jan). (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 22 Jan 2018 06:38PM Dikemas Kini : 22 Jan 2018 06:42PM

MANILA: Tahap amaran gunung berapi Mayon di Filipina dinaikkan daripada tahap tiga kepada empat yang bermaksud kemungkinan "letusan berbahaya akan berlaku", lapor agensi berita Xinhua.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) menyatakan bahawa tahap amaran dinaikkan beberapa minit selepas gunung berapi itu tiba-tiba memuntahkan lahar pada sebelah tengah hari.

Terdahulu laporan Phivolcs pada sebelah pagi mendapati gunung berapi berkenaan mengeluarkan lahar setinggi 500 meter hingga 200 meter, pada pukul 10.45 pagi waktu tempatan pada Ahad (21 Jan) dan pada pukul 2.25 pagi tadi (22 Jan).

Gunung Mayon, satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina serta terkenal dengan keindahan dan simetri yang hampir sempurna, mempunyai ketinggian 2,462 meter. Gunung itu terletak di wilayah Albay di Pulau Luzon kira-kira 300 kilometer di tenggara Manila.

Sementara itu, Gabenor Albay, Al Francis Bichara berkata semua sekolah di seluruh wilayah itu akan ditutup pada 23 Januari. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan