Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran gunung berapi di Papua New Guinea

Sekitar 1,500 penduduk dipindahkan dari pulau-pulau di Papua New Guinea apabila gunung berapi yang tidak aktif mula meletus.

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran gunung berapi di Papua New Guinea

(Gambar: Reuters).

Diterbitkan : 15 Jan 2018 10:13AM Dikemas Kini : 15 Jan 2018 10:16AM

KADOVAR: Sekitar 1,500 penduduk dipindahkan dari pulau-pulau di Papua New Guinea apabila gunung berapi yang tidak aktif mula meletus.

Gunung berapi di pulau Kadovar itu mula mengeluarkan asap dan abu minggu lalu sehingga memaksa lebih daripada 500 orang dipindahkan ke pulau Blup-Blup yang berdekatan, lapor Astro Awani.

Namun kesemua penduduk perlu dipindahkan ke tanah besar sekiranya letusan menjadi lebih dahsyat.

Menurut Astro Awani, beberapa saksi di pulau Blup-Blup di utara pulau Kadovar melaporkan, berlaku letusan besar pada Jumaat lalu (12 Jan) dan kelihatan cahaya merah berapi di arah puncak.

Para saintis kemudian berjaya mengesan sejumlah besar sulfur dioksida yang beracun dari gunung berapi tersebut.

Ketua Setiausaha Palang Merah Papua New Guinea mengatakan bahawa dana sudah disediakan untuk membantu penduduk yang akan berpindah ke tanah besar.

Sehingga kini pakar gunung berapi di sana tidak dapat mengesahkan rekod terakhir letusan gunung berapi yang besar di Kadovar. 

Sumber : Reuters/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan