Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran COVID-19 di Vanuatu setelah mayat positif virus dijumpai terdampar di pantai

Amaran COVID-19 di Vanuatu setelah mayat positif virus dijumpai terdampar di pantai.

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran COVID-19 di Vanuatu setelah mayat positif virus dijumpai terdampar di pantai

Amaran COVID-19 di Vanuatu setelah mayat positif virus dijumpai terdampar di pantai. (Gambar: AFP/Torsten Blackwood)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 06:44PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 06:46PM

PORT VILA, Vanuatu: Vanuatu melaksanakan sekatan perjalanan di pulau paling ramai penduduknya hari ini (19 Apr) selepas ujian mengesahkan mayat yang dijumpai terdampar di pantai negara Pasifik itu yang sebahagian besarnya bebas COVID-19 dijangkiti virus tersebut.

Sumber-sumber pemerintah menyatakan mayat itu adalah anak kapal Filipina yang kapalnya meninggalkan Pelaburan Vila sehari sebelum jazadnya dijumpai terdampar di pantai berdekatan sebuah kampung sekitar lima kilometer di luar bandar itu pada 11 April.

Rakan-rakan sekapal dan para pegawai polis yang menemui mayat itu semuanya sudah diuji negatif COVID-19, menurut sumber yang tidak mahu identitinya didedahkan kerana tidak diberi kebenaran untuk bersuara tentang hal tersebut.

Tidak jelas bagaimana dan di mana lelaki itu meninggal dunia atau bagaimana mayatnya berada di laut.

Negara Pasifik itu mencatat hanya tiga jangkitan COVID-19, semuanya kes import melibatkan pengunjung ke sana dan menurut Pejabat Pengurusan Bencana Negara ia sedang mengambil langkah-langkah untuk memastikan tiada penularan dalam kalangan 200,000 penduduknya.

Ini termasuk mengarahkan sekatan tiga hari bermula hari ini bagi semua perjalanan dalam negeri dan antarabangsa yang keluar dari Efete, pulau di mana Pelabuhan Vila dan sebahagian besar penduduknya ditemui.

"Orang ramai sangat dinasihatkan supaya bertenang dan mengekalkan keselamatan dan amalan kebersihan kesihatan diri pada setiap masa," menurutnya.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan