Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran banjir lumpur di lereng Gunung berapi Mayon

Di Filipina, pihak berkuasa memberi amaran banjir lumpur mungkin berlaku di lereng Gunung berapi Mayon, yang boleh mengancam nyawa penduduk.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jan 2018 06:07PM Dikemas Kini : 30 Jan 2018 11:20PM

ALBAY: Di Filipina, pihak berkuasa memberi amaran banjir lumpur mungkin berlaku di lereng Gunung berapi Mayon, yang boleh mengancam nyawa penduduk.

Mayon memuntahkan lebih banyak lahar pagi tadi dan bahan berapi kelihatan mengalir dari kawahnya.

Tahap amaran kekal di paras empat sejak dua minggu lalu, tanda berjaga-jaga bagi letupan kuat yang akan berlaku bila-bila masa saja.

Gunung paling aktif di Filipina ini sudah meletus 50 kali sejak 500 tahun lalu.

Semalam, Presiden Rodrigo Duterte melawat wilayah Albay, tempat berlakunya letupan gunung berapi.

Lebih 90,000 penduduk dipindahkan sejak dua minggu lalu.

Gabenor Albay mendedahkan sumber-sumber pemerintah tempatan kini terhad dan lebih banyak bantuan diperlukan.

Presiden Duterte mengikrarkan bantuan AS$500,000 (S$657,000) kepada mangsa-mangsa. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan