Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amaran angin kencang, laut bergelora di Kelantan, Terengganu dan Pahang

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini (5 Jan). 

Anggaran Waktu Membaca:
Amaran angin kencang, laut bergelora di Kelantan, Terengganu dan Pahang

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 01 Jan 2019 11:58PM Dikemas Kini : 02 Jan 2019 12:03AM

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan laut bergelora serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5meter dijangka melanda kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga Sabtu ini (5 Jan). 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia malam ini (1 Jan), keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.

Sementara itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Johor Timur, Sarawak dan Sabah Barat sehingga tempoh sama.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata kenyataan itu. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan