Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Amah kahwin lagi di M’sia, suami 60 tahun di Indonesia bunuh diri

Gara-gara ditinggalkan isteri, seorang lelaki berusia 60 tahun mengalami kemurungan sehingga memutuskan untuk membunuh diri. 

Anggaran Waktu Membaca:
Amah kahwin lagi di M’sia, suami 60 tahun di Indonesia bunuh diri

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 27 Feb 2018 11:45PM Dikemas Kini : 27 Feb 2018 11:54PM

KEDIRI: Gara-gara ditinggalkan isteri, seorang lelaki berusia 60 tahun mengalami kemurungan sehingga memutuskan untuk membunuh diri. Lelaki yang dikenali sebagai Bonadi itu ditemui mati oleh cucunya di rumah mereka semalam (27 Feb).

Menurut laporan Tribunnews, Bonadi menggantung dirinya menggunakan dawai. Pada masa kejadian, cucunya yang berusia 11 tahun, meminta pertolongan jiran-jirannya. Mereka kemudian membuat aduan polis.

Pihak polis tempatan mengesahkan Bonadi mati akibat bunuh diri dan tiada tanda-tanda penganiayaan ditemui pada tubuhnya.

Menurut keterangan ahli keluarga mangsa, isteri Bonadi meninggalkannya untuk menjadi seorang pembantu rumah di Malaysia, lapor Tribunnews.

Sejak itu, isterinya tidak pulang. Malah, Bonadi dikhabarkan isterinya menikah lagi di Malaysia.

Menurut Tribunnews lagi, Bonadi juga menghidapi penyakit lain.

Keluarganya tidak mahu jika mangsa dibedah siasat dan menyifatkan kejadian ini sebagai satu “musibah”.  

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan