Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Alat letupan dilontar ke kedutaan AS di Montenegro; pelaku juga letupkan diri

Seseorang yang tidak diketahui identitinya melontarkan alat letupan, kemungkinan bom tangan, ke kedutaan Amerika Syarikat di Podgorica, ibu kota Montenegro, sebelum meletupkan dirinya sendiri, menurut pemerintah negara itu hari ini (22 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
Alat letupan dilontar ke kedutaan AS di Montenegro; pelaku juga letupkan diri

Keadaan di luar kedutaan Amerika Syarikat di Montenegro. (Gambar: REUTERS/Stevo Vasiljevic)

Diterbitkan : 22 Feb 2018 01:53PM Dikemas Kini : 22 Feb 2018 01:56PM

PODGORICA: Seseorang yang tidak diketahui identitinya melontarkan alat letupan, kemungkinan bom tangan, ke kedutaan Amerika Syarikat di Podgorica, ibu kota Montenegro, sebelum meletupkan dirinya sendiri, menurut pemerintah negara itu hari ini (22 Feb).

Dalam catatan Twitter rasminya, pemerintah Montenegro menyatakan bahawa sekitar setengah jam selepas tengah malam, "seorang yang tidak diketahui membunuh diri menggunakan alat letupan".

Pemerintah itu turut menambah: "Sejurus sebelum itu, dia melontar sebuah alat letupan dari persimpangan berdekatan Pusat Sukan ke halaman kedutaan Amerika Syarikat."

"Kemungkinan besar, alat tersebut adalah bom tangan," tambah pemerintah itu dengan menyatakan bahawa siasatan polis dan usaha untuk mengenal pasti sedang dijalankan.

Jurugambar Reuters di Podgorica berkata kenderaan polis menghadang laluan jalan raya di mana terletaknya kedutaan tersebut, dan tiada kerosakan dapat dilihat.

"Kedutaaan Amerika Syarikat turut menasihati warga negara Amerika Syarikat bahawa terdapat situasi yang aktif di kedutaannya di Podgorica," menurutnya dalam lamannya itu.

"Elakkan dari ke kedutaan sehingga diberitahu nanti."

Sebelum itu, media Montenegro melaporkan bahawa serangan tersebut berlaku beberapa minit sebelum tengah malam.

Montenegro, antara bekas republik-republik Yugoslav, merupakan negara ke-29 yang menyertai NATO Mei lalu.  

Sumber : Reuters/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan