Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Alaska dilanda musim sejuk lebih 'hangat' tahun ini

Berbeza dengan cuaca amat sejuk di kebanyakan wilayah Amerika Syarikat yang lain, Alaska kini mengalami musim sejuk lebih hangat, suatu keadaan yang agak luar biasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Alaska dilanda musim sejuk lebih 'hangat' tahun ini

(Gambar fail: Streeter Lecka/ Getty Images North America/ AFP)

Diterbitkan : 03 Jan 2018 03:12PM Dikemas Kini : 03 Jan 2018 03:17PM

ANCHORANGE: Berbeza dengan cuaca amat sejuk di kebanyakan wilayah Amerika Syarikat yang lain, Alaska kini mengalami musim sejuk lebih hangat, suatu keadaan yang agak luar biasa.

Beberapa kawasan utara dan tengah Alaska mengalami suhu 7 darjah Selsius, yang tertinggi bagi bulan Disember sejak tahun 2011.

Bahkan suhu 10 darjah Selsius dicatatkan di beberapa tempat di bandar Anchorage.

Pihak kaji cuaca Amerika menyatakan keadaan ini disebabkan oleh tekanan udara rendah dan tinggi yang menolak udara dari kawasan tropika ke arah utara.

Bagaimanapun cuaca lebih hangat ini dijangka berakhir dalam masa sehari dua ini.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan