Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aktivis Hong Kong rancang lebih banyak tunjuk perasaan sempena sambutan musim luruh

Para aktivis di Hong Kong merancang lebih banyak tunjuk perasaan sedang wilayah itu menyambut musim luruh bermula hari ini (13 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2019 07:56PM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 08:54PM

HONG KONG: Para aktivis di Hong Kong merancang lebih banyak tunjuk perasaan sedang wilayah itu menyambut musim luruh bermula hari ini (13 Sep).

Pihak berkuasa bimbang perayaan tersebut akan dicemari dengan kegelisahan.

Pada Khamis sebelah malam, pergaduhan berlaku antara penunjuk perasaan antipemerintah dengan golongan pro-Beijing di stesen MTR Yuen Long.

Bantahan-bantahan lain yang berlanjutan hingga ke malam diadakan di beberapa pusat beli-belah dan stesen-stesen MTR.

Para penunjuk perasaan merancang untuk membentuk rangkaian-rangkaian manusia sambil membawa tanglung sempena perayaan musim luruh.

Sebagai persiapan menghadapi bantahan-bantahan hujung minggu ini, pengendali kereta api MTR sudahpun membatalkan perkhidmatan kereta api lewat malam yang biasanya diadakan pada hari-hari cuti umum dan perayaan.

Tindakan tersebut diambil selepas stesen-stesen MTR menjadi sasaran serangan penunjuk perasaan sejak beberapa minggu lalu. 

Sumber : Agensi berita/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan