Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Akta baru pertahanan pastikan AS dapat tangkis ancaman China, Rusia

China akan meneliti secara menyeluruh akta baru pertahanan Amerika Syarikat yang bernilai berbilion-bilion dolar.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2018 05:09PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 11:41PM

BEIJING: China akan meneliti secara menyeluruh akta baru pertahanan Amerika Syarikat yang bernilai berbilion-bilion dolar.

Akta Keizinan Pertahanan Nasional bagi tahun kewangan 2019 itu bertujuan menangani ancaman-ancaman dari China dan Rusia.

Presiden Donald Trump menandatangani akta dasar pertahanan Amerika itu di Pangkalan Tentera Darat Fort Drum, di New York.

Ia memberi kebenaran bagi belanja pertahanan berjumlah AS$716 bilion (S$983 bilion).

Presiden Trump menyifatkan akta itu sebagai pelaburan ketenteraan dan jet-jet pejuang dalam sejarah moden.

"Kita akan menggantikan kereta-kereta kebal, pesawat dan kapal yang sudah lama dengan teknologi tercanggih dan paling hebat yang pernah dicipta. Adalah diharapkan ia akan menjadi yang paling hebat hinggakan kita tidak perlu menggunakan. Namun jika kita perlu menggunakannya, tidak ada pihak lain yang dapat mengalahkan kita," kata Presiden Trump.

Akta baru itu juga melarang pemerintah Amerika membuat pembelian dari syarikat-syarikat telekom China, ZTE Corp dan Huawei Technologies.

Ia ada kaitan dengan risiko perisikan. Sesetengah anggota Dewan Kongres juga mendesak agar ZTE dikenakan semula sekatan lebih ketat untuk menghukumnya kerana berurusan dengan Iran dan Korea Utara.

Lebih AS$6 bilion (S$8.24 bilion) pula diperuntukan bagi askar-askar Amerika di Eropah untuk bertindak sebagai unsur pencegahah terhadap Rusia.

Selain itu Jabatan Perbendaharaan Amerika perlu memberi taklimat kepada Dewan Kongres mengenai harta Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Akta baru itu turut mewajibkan Jabatan Pertahanan mengekalkan bilangan askar Amerika di Korea Selatan kepada sekurang-kurangnya 22,000 orang. Pada masa ini ada 28,000 askar Amerika di negara Korea itu. 

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan