Images
  • baby feet
    (Gambar fail: Kelly Sikkema/Unsplash)

Aksi wanita pijak, hentak bayi viral di laman sosial

KUALA LUMPUR: Satu rakaman video memaparkan aksi kejam seorang wanita memijak dan menendang seorang bayi sebelum menghentakkannya ke dinding mula tersebar di laman sosial sejak Rabu (9 Okt).

Aksi berkenaan dikesan melalui rakaman video sepanjang 39 saat menunjukkan wanita tersebut memijak perut dan dada bayi itu secara berterusan, lapor BH Online.

Pada masa yang sama suara seorang lelaki yang dipercayai merakam video berkenaan menyatakan supaya tidak membuat bising.

Ketika wanita berkenaan memijak tubuh bayi malang itu, cukup sebak mendengar tangisan mangsa menjerit kesakitan.

BH Online melaporkan bahawa wanita itu kemudian menghempas bayi itu ke dinding sebelum meletakkannya ke lantai dan menumbuk bahagian belakang bayi.

Dia kemudian mengambil satu objek dan memukul bayi itu sebelum mengambil pisau, namun mencampakkannya, menurut BH Online lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Encik Huzir Mohamed ketika dihubungi, pihaknya ketika ini masih belum menerima sebarang aduan atau maklumat mengenai kejadian itu.

"Kita belum dapat memastikan kejadian itu berlaku di mana, sama ada di Malaysia atau luar negara. Kita mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang ramai untuk membantu siasatan,” katanya.

- Agensi berita/NA/na

Top