Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Akibat digigit nyamuk, ulat parasit bergerak-gerak dalam kulit wajah wanita ini

Kes tersebut dan gambar-gambar yang mengejutkan itu diterbitkan pada Khamis (21 Jun) dalam satu laporan “Penghijrahan Dirofilaria repens” dalam Jurnal Perubatan New England.

Anggaran Waktu Membaca:
Akibat digigit nyamuk, ulat parasit bergerak-gerak dalam kulit wajah wanita ini

(Gambar: The New England Journal of Medicine)

Diterbitkan : 25 Jun 2018 01:24AM Dikemas Kini : 25 Jun 2018 01:28AM

MOSKOW: Pada awalnya ia hanya kelihatan seperti kecacatan kecil di bawah mata.

Namun menurut lelaman Washington Post, selama dua minggu, seorang wanita berumur 32 tahun menyaksikan kecatatan itu bergerak-gerak. Sempat juga beliau memetik gambar tompok tersebut tumbuh menjadi benjol di atas mata dan kemudian bergerak ke bahagian bibir beliau yang membuat mulut menjadi bengkak.

Rupa-rupanya, ia adalah seekor parasit, dan ia sedang hidup di dalam wajahnya.

Kes tersebut dan gambar-gambar yang mengejutkan itu diterbitkan pada Khamis (21 Jun) dalam satu laporan “Penghijrahan Dirofilaria repens” dalam Jurnal Perubatan New England, dan dipetik Washington Post. Ia memberi penerangan bagaimana seorang wanita di Rusia menjadi hos parasit menerusi gigitan nyamuk.

Menurut laporan tersebut, wanita berkenaan mula menunjukkan simptom setelah berkunjung ke kawasan perkampungan tidak jauh dari Moskow. Beliau melaporkan “sering terkena gigitan nyamuk”.

Tambah Washington Post, wanita itu hanya mengalami rasa gatal dan panas apabila ulat parasit itu merangkak dalam kulitnya.

Ulat tersebut, dirofilaria repens, adalah ulat parasit panjang yang merebak melalui gigitan nyamuk, menurut Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). Ulat ini sering dijumpai dalam anjing dan karnivor lain, namun ada sesetengah spesies yang didapati menghinggapi manusia, terutamanya di Eropah.

Pengarah klinik makmal kajian parasit di Universiti Pennsylvania Thomasa Nolan menerangkan, embrio ulat tersebut mula-mula ‘ditelan’ oleh nyamuk dan membesar menjadi larva. Larva itu kemudian berpindah ke binatang atau manusia menerusi gigitan nyamuk.

Apabila sudah hinggap ke hos yang baru, larva tersebut membesar menjadi ulat dewasa.

Namun, parasit ini selalunya akan mati dalam kulit hos dan mudah dikeluarkan.

Menurut laporan kes, para doktor di Rusia mengeluarkan ulat tersebut daripada muka wanita berkenaan secara pembedahan, dan beliau kini sudah pulih.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan