Images
  • polis malaysia crime scene
    (Gambar: BERNAMA)

Akibat cemburu, isteri kelar kemaluan dan leher suami

IPOH: Gara-gara cemburu, seorang isteri sanggup bertindak mengelar kemaluan dan leher suaminya ketika mangsa sedang tidur di rumah sewa mereka di Meru, Ipoh, awal pagi Khamis (12 Sep).

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Nordin Abdullah berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.35 pagi itu, mangsa warga Sri Lanka berumur 40 tahun cedera parah di bahagian kemaluan dan lehernya.

"Siasatan awal di tempat kejadian menemui senjata dipercayai pisau yang digunakan dalam kejadian ini. Polis juga sedang giat mengesan suspek iaitu isterinya yang juga warga Sri Lanka.

"Selepas dikelar, mangsa keluar meminta bantuan orang awam. Mangsa berada dalam keadaan stabil dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun," terang Supt Mohamad Nordin.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti negeri di Mess Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia Perak di Ipoh. 

- BERNAMA/FZ/fz

Top