Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Akaun Twitter beberapa orang terkemuka digodam

Satu siri akaun Twitter milik para personaliti terkenal dunia seperti mantan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, pengasas Microsoft Bill Gates digodam hari ini dalam satu penipuan Bitcoin.

Anggaran Waktu Membaca:
Akaun Twitter beberapa orang terkemuka digodam

(Gambar fail: Mike Blake/Reuters)

Diterbitkan : 16 Jul 2020 06:28PM Dikemas Kini : 16 Jul 2020 06:33PM

SAN FRANCISCO: Satu siri akaun Twitter milik para personaliti terkenal dunia seperti mantan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, pengasas Microsoft Bill Gates digodam hari ini dalam satu penipuan Bitcoin.

Ini sekali gus, mendedahkan puluhan juta pengguna Twitter kepada potensi penipuan yang sama.

Twitter pada Khamis (16 Jul) menyatakan penggodaman berprofil tinggi itu dipercayai "satu serangan yang diselaraskan".

Personaliti terkenal Amerika dalam bidang politik, perniagaan dan hiburan terjejas dengan penipuan yang melibatkan Bitcoin.

Punca penggodaman itu masih belum diketahui.

Akibatnya, saham-saham Twitter jatuh hampir 4% selepas bursa saham Amerika ditutup.

Dalam satu emel, Twitter menyatakan pihaknya sedang menyiasat perkara ini.

Twitter pernah menjadi sasaran penggodam sebelum ini.

Pada Mac 2017, akaun-akaun badan Amnesty International, kementerian ekonomi Perancis dan khidmat BBC Amerika Utara digodam oleh pihak yang dipercayai setia kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.

Ogos lalu, satu siri mesej berunsur hinaan dan perkauman dikirim pada akaun peribadi pengasas Twitter, Jack Dorsey, tanpa pengetahuannya.

Sumber : Agensi berita/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan