Akaun dibekukan: Najib diminta arah peguam hantar surat
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Hanipa Maidin menasihati mantan Perdana Menteri Najib Razak supaya mengarahkan peguamnya menulis surat kepada pihak berkuasa bagi memberi kelonggaran ke atas pembekuan akaun milik anak perempuannya.
DENGKIL: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Hanipa Maidin menasihati mantan Perdana Menteri Najib Razak supaya mengarahkan peguamnya menulis surat kepada pihak berkuasa bagi memberi kelonggaran ke atas pembekuan akaun milik anak perempuannya.
Encik Mohamed Hanipa berkata beliau mendapat berita bahawa anak Najib, Puteri Norlisa yang mengalami barah tahap empat menghadapi masalah dalam pembayaran bil kemoterapi kerana akaun dibekukan.
"Jika benar apa yang dilaporkan, saya rasa tidak ada masalah untuk mantan perdana menteri itu arahkan peguam beliau menulis kepada pihak yang berkenaan bagi keluarkan sejumlah wang dari akaun yang dibekukan itu untuk tujuan pembayaran bil.
"Saya tak pasti beliau sudah lakukan hal yang saya katakan itu. Jika sudah, kena desak dan boleh juga tulis surat kepada saya atau Menteri Liew Vui Keong," katanya.
Beliau yang merupakan wakil Parlimen kawasan itu berkata pihaknya akan berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan perkara itu.
“Jika belum buat, janganlah terus tuduh Pakatan Harapan zalim,” katanya.
Bagaimanapun, Encik Najib dalam kenyataan di laman Facebook beliau memberitahu bahawa akaun anak-anak beliau tidak lagi dibekukan.
"Pada pagi tadi (11 Jul), saya difahamkan akaun anak-anak saya sudah lepas dari pembekuan dan ini menunjukkan tindakan pembekuan itu dibuat tanpa sebarang asas," kata Encik Najib.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.