Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ajaib! Tiba-tiba ada bayi terapung-apung di laut

Seorang bayi di New Zealand berjaya diselamatkan apabila dia ditemui terapung-apung di laut bersebelahan kapal seorang nelayan. Kejadian itu disifatkan sebagai satu "keajaiban" oleh pakar keselamatan laut yang turut memberi amaran kejadian itu dengan mudah boleh berubah menjadi tragedi.

Anggaran Waktu Membaca:
Ajaib! Tiba-tiba ada bayi terapung-apung di laut

Gambar fail pantai Matata, New Zealand (Gambar: Wikimedia)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 12:30AM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 12:34AM

WELLINGTON: Seorang bayi di New Zealand berjaya diselamatkan apabila dia ditemui terapung-apung di laut bersebelahan kapal seorang nelayan bernama Gus Hutt. Kejadian itu disifatkan sebagai satu "keajaiban" oleh pakar keselamatan laut yang turut memberi amaran kejadian itu dengan mudah boleh berubah menjadi tragedi.

Seperti biasanya, Encik Hutt sedang bersiap untuk memancing ikan pada pagi hari apabila beliau terlihat sesuatu yang disangka anak patung terapung dekat dengannya di Pantai Matata, Teluk Plenty, Pulau Utara New Zealand.

"Saya sangkakan dia anak patung," kata Encik Hutt kepada akhbar Whakatane Beacon pada 26 Oktober. "Jadi saya pun menghulurkan tangan dan mengenggam tangannya, meskipun ketika itu saya ingat dia hanya anak patung.

"Wajahnya begitu pucat seperti porselin, dengan rambut pendeknya basah. Kemudian dia mula bersuara dan saya berfikir 'Ya Tuhan, ini bayi! Dan dia masih hidup'."

Ternyata, "anak patung" itu seorang bayi berusia 18 bulan bernama Malachi Reeve. Bayi lelaki itu sedang berkhemah bersama ibu bapanya di pantai. Dia berjaya membuka zip khemah sedang ibu bapanya tidur dan mendekati pantai lalu disapu ombak.

"Jika saya tidak ada di sana, atau jika saya baru saja datang seminit kemudian saya tidak akan melihatnya," kata Hutt.

Ibu bapa Malachi bergegas datang apabila dimaklumkan dan bergegas ke tempat penyambut tamu di kawasan perkhemahan itu. Ibunya Jessica Whyte menjumpai anaknya "kelihatan ungu, kesejukan dan kecut sedikit".

Namun paramedik yang memberikannya rawatan mengesahkan budak itu dalam keadaan selamat, dan Cik Whyte berkata anaknya tidak terjejas oleh apa yang dilaluinya.

"Dia seperti biasa. Mungkin dia lebih awas tentang air dan tidak akan berlari ke pantai. Tapi dia masih seperti sediakala," kata Cik Whyte seperti ditukil laman berita Stuff.

Beliau berkata anak kecil itu pada hari sebelumnya kelihatan terpegun dengan laut dan mungkin bangun pagi untuk meneroka laut secara sendiri.

Ketua eksekutif Keselamatan Air New Zealand Jonty Mills berkata kes Malachi berakhir secara gembira, namun ia menunjukkan bahaya yang boleh dihadapi kanak-kanak apabila bermain di kawasan perairan.

"Ini satu kisah ajaib," beliau memberitahu AFP.

"Nasib baik nelayan itu secara kebetulan berada di situ pada waktu itu dan dapat menyelamatkan anak tersebut."

Beliau berkata beberapa budak peringkat prasekolah lemas tahun lalu di New Zealand dan terdapat tiga kes maut melibatkan kanak-kanak bawah usia lima tahun sejauh ini pada 2018.

"Seorang anak boleh lemas dalam masa kurang seminit," tegas beliau.

"Satu-satunya cara untuk pastikan bayi dan anak kecil selamat di air adalah dengan pemantauan seorang dewasa." 

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan