Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AirAsia, Malaysia Airlines batal penerbangan ke Manila ekoran aktiviti gunung berapi Taal

AirAsia dan Malaysia Airlines hari ini (13 Jan) mengumumkan pembatalan penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Manila berikutan letusan gunung berapi di Filipina yang bermula semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia, Malaysia Airlines batal penerbangan ke Manila ekoran aktiviti gunung berapi Taal

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Jan 2020 06:28PM Dikemas Kini : 13 Jan 2020 06:35PM

KUALA LUMPUR: AirAsia dan Malaysia Airlines hari ini (13 Jan) mengumumkan pembatalan penerbangan antara Kuala Lumpur dengan Manila berikutan letusan gunung berapi di Filipina yang bermula semalam.

Gunung Berapi Taal di selatan Manila memuntahkan lahar hari ini dan keadaan itu memungkinkan gunung berapi terbabit meletup dalam masa beberapa jam hingga beberapa hari.

Menurut kenyataan AirAsia, syarikat itu menggantung dan membatalkan penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) di Manila. Lapangan terbang tersebut sudah menghentikan operasi sementara sehingga notis selanjutnya.

“Pelanggan AirAsia yang melakukan penerbangan dalam tempoh beberapa hari akan datang, diminta memeriksa status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus untuk kemas kini terkini,” menurut kenyataan itu. AirAsia menyatakan pihaknya sudah memaklumkan semua penumpang yang terjejas melalui e-mel dan SMS.

Sementara itu, Malaysia Airlines dalam kenyataannya memaklumkan penerbangan menuju NAIA akan digantung berikutan penutupan lanjut lapangan terbang itu.

Penerbangan yang terjejas dari Kuala Lumpur ke Manila hari ini ialah MH806, MH704 dan MH804 manakala penerbangan dari Manila ke Kuala Lumpur adalah MH805, MH705 dan MH807.

Penerbangan esok, MH805 dari Manila ke Kuala Lumpur juga terjejas. Malaysia Airlines menyatakan pihaknya mengawasi dengan teliti situasi itu dan akan menyesuaikan penerbangannya apabila perlu.

“Penumpang dinasihatkan untuk memeriksa status penerbangan mereka di laman web Malaysia Airlines atau aplikasi mudah alih dan mereka juga perlu mengemas kini butiran hubungannya di bahagian Manage My Booking di laman web,” menurut kenyataan itu.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) menangguhkan sementara penerbangan keluar dan masuk di NAIA malam tadi menyusuli kehadiran kepulan awan debu di laluan utama trafik udara.

Ribuan penduduk dipindahkan dari kawasan berhampiran gunung berapi, yang terletak di tengah-tengah tasik kira-kira 70 kilometer di selatan Manila, selepas ia membebaskan debu panas sehingga 15 kilometer ke ruang udara.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina menaikkan status amaran kepada tahap 4 menunjukkan letusan berbahaya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan