Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Air tandas diguna buat kopi, teh dalam kereta api

Seorang penjual teh di India yang dirakam dalam video mengambil air dari dalam tandas kereta api sebelum menjualnya kepada penumpang didenda AS$1,500 (S$2,001), menurut syarikat Indian Railways dalam satu kenyataan sambil menyatakan, 'insiden itu diteliti secara terperinci'.

Anggaran Waktu Membaca:
Air tandas diguna buat kopi, teh dalam kereta api

Kereta api menghala ke Hyderabad. (Petikan skrin Youtube)

Diterbitkan : 03 May 2018 11:09PM Dikemas Kini : 03 May 2018 11:18PM

KOLKATA: Seorang penjual teh di India yang dirakam dalam video mengambil air dari dalam tandas kereta api sebelum menjualnya kepada penumpang didenda AS$1,500 (S$2,001), menurut syarikat Indian Railways dalam satu kenyataan sambil menyatakan, 'insiden itu diteliti secara terperinci'.

Kejadian itu dilaporkan di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat berhubung keselamatan makanan di negara itu.

Peniaga dalam kereta api Chennai-Hyderabad Express itu ditangkap selepas rakaman tersebut dikongsi secara meluas.

Ia menunjukkannya bersama dua lelaki lain keluar dari tandas bersama bekas besar yang digunakan untuk menghidangkan teh dan kopi dalam kereta api India.

Video itu dirakam dalam kereta api di Secunderabad di Telangana. Daripada tiga peniaga yang dirakam, hanya seorang berlesen.

Peniaga itu mendakwa, mereka menuang susu dari satu bekas ke bekas lain dan tidak mahu melakukannya secara terbuka.

"Hakikat bahawa bekas teh/kopi dilihat dibawa keluar dari tandas adalah amalan yang salah," kata syarikat kereta api.

Beberapa siri insiden baru-baru ini menyebabkan isu keselamatan makanan diberi perhatian di India.

Di bandar Kolkata yang terkenal dengan hidangan Bengal, polis membongkar kegiatan di mana bertan-tan daging busuk yang dibuang dijual ke restoran.

Jualan daging dan ternakan di bandar itu menjunam sejak pihak berkuasa merampas kira-kira 20 tan daging busuk. Polis mengesyaki lebih banyak dijual ke restoran di bandar.

Lapan orang sudah diberkas berhubung kes itu sejauh ini. Bagaimanapun, restoran-restoran dan kafe di Kolkata masih terjejas teruk akibat skandal itu, dengan ada yang menyaksikan permintaan merosot sehingga 50 peratus.

Persatuan Hotel dan Restoran bagi Timur India memberitahu ahli-ahlinya untuk hanya membeli daging daripada pembekal berdaftar.

Menurut perangkaan pemerintah, kes keracunan makanan adalah salah satu daripada penyakit yang paling biasa berlaku di India. Ia membentuk 242 daripada 1,469 wabak serius yang dilaporkan tahun lalu.  

Sumber : Reuters/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan