Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Aidiladha hampir berkunjung tiba; bumbung masjid masih berlubang

Hari Raya Aidiladha sepatutnya satu perayaan yang menggembirakan bagi umat Islam. Namun bagi lebih 1,000 kariah Masjid Al Furqan di Kampung Kuala Kangkung, Alor Setar, hari kebesaran yang semakin hampir itu membuat mereka semakin gusar.

Anggaran Waktu Membaca:
Aidiladha hampir berkunjung tiba; bumbung masjid masih berlubang

Sebahagian bumbung berlubang di Masjid Al-Furqan, Kampung Kuala Kangkung (Gambar: Astro Awani)

Diterbitkan : 07 Aug 2019 12:52PM Dikemas Kini : 07 Aug 2019 01:08PM

ALOR SETAR: Hari Raya Aidiladha sepatutnya satu perayaan yang menggembirakan bagi umat Islam. Namun bagi lebih 1,000 kariah Masjid Al Furqan di Kampung Kuala Kangkung, Alor Setar, hari kebesaran yang semakin hampir itu membuat mereka semakin gusar.

Apakan tidak, memandangkan kerja-kerja pengubahsuaian bumbung di masjid itu masih belum selesai.

Astro Awani melaporkan, setiausaha masjid tersebut Abdul Manap Aziz, 67 tahun, berkata beliau gusar memikirkan kariah masjid yang berkemungkinan terpaksa menunaikan solat sunat Aidiladha di kaki lima dan tanah perkuburan berdekatan masjid sekiranya kerja-kerja penggantian bumbung gagal disiapkan.

Menurutnya, kerja-kerja menggantikan bumbung masjid itu terbengkalai sejak dua minggu lalu.

Encik Abdul Manap berkongsi kepada Astro Awani, tiap kali selepas hujan, beliau bersama ahli jawatankuasa masjid terpaksa mengelap lantai bagi memastikan kariah dapat menunaikan solat.

Tinjauan Astro AWANI di masjid yang berusia 50 tahun itu mendapati, keadaan dalam masjid kotor serta berbau busuk akibat takungan air pada permaidani, lantaran bumbung yang terbuka hanya ditutup dengan kanvas.

Para relwawn turut terpaksa kerap memanjat bumbung masjid untuk mengikat kembali tali plastik yang terburai setiap kali angin kuat bertiup.

Encik Abdul Manap turut memberitahu Astro Awani, besar harapan para jemaah agar kerja-kerja di masjid itu dapat disiapkan dengan segera kerana tidak pernah mereka adakan solat di luar masjid itu pada hari perayaan.

Seorang ahli jawatankuasa masjid, Muhammad Sohibollah Saad, 34 tahun, pula berkongsi kebimbangan murid-murid tadika bersebelahan masjid mungkin boleh tercedera memandangkan papan atau kayu bahagian bumbung lama yang masih mempunyai paku diletakkan di tepi masjid.

“Dalam waktu ‘hold’ tu, tiada pemantauan daripada pihak kontraktor. Anak kariah yang kena tengok, kena pantau. Masalahnya, sepanjang bumbung dibuka ini sudah dua kali hujan, hinggakan air penuh kat dalam ni

“Kami nak solat, kami kena cuci dulu," kongsi beliau seperti dipetik Astro AWANI.

Pengurus syarikat kontraktor Iktiar Bestari, Abdul Halim Bakar, yang dilantik menyiapkan kerja-kerja menggantikan bumbung masjid itu, memberitahu Astro Awani bahawa semua kerja pemasangan akan disiapkan sebelum Sabtu ini dan masjid itu akan dapat digunakan bagi solat sunat Aidiladha pada Ahad.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan