Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmed Madinah bayi pertama dilahirkan sempena musim haji tahun ini

Seorang jemaah Haji dari India, Del Shad menerima sijil kelahiran bagi anak lelakinya yang diberi nama ‘Ahmed Madinah’, bayi pertama dilahirkan pada musim Haji 1440H, demikian dilaporkan oleh Saudi Press Agency (SPA).

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmed Madinah bayi pertama dilahirkan sempena musim haji tahun ini

Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi

Diterbitkan : 15 Jul 2019 12:48PM Dikemas Kini : 15 Jul 2019 12:51PM

MAKKAH: Seorang jemaah Haji dari India, Del Shad menerima sijil kelahiran bagi anak lelakinya yang diberi nama ‘Ahmed Madinah’, bayi pertama dilahirkan pada musim Haji 1440H, demikian dilaporkan oleh Saudi Press Agency (SPA).

SPA memetik jurucakap Penerangan Hal Ehwal Awam, Mohammed Al-Jasser sebagai berkata, sijil kelahiran yang pertama oleh seorang jemaah diserahkan oleh Menteri Dalaman Agensi Hal Ehwal Awam kepada Del Shad, yang isterinya melahirkan anak itu di Madinah.

Menurut agensi berita itu, Del Shad menjelaskan bahawa kasihnya terhadap kota Madinah membuatkan beliau memilih nama ‘Ahmed Madinah’ sebagai nama bayi yang baru dilahirkan itu.

Del Shad juga melahirkan rasa gembiranya dengan kelahiran itu dan perkhidmatan yang disediakan di hospital berkenaan, demikian menurut laporan SPA.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan