Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid nafi wujud perbualan dengan Anwar selepas perhimpunan agung UMNO

Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan terdapatnya perbualan di antara beliau dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, seperti dalam rakaman audio yang tersebar baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid nafi wujud perbualan dengan Anwar selepas perhimpunan agung UMNO

Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 06:22PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 06:24PM

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan terdapatnya perbualan di antara beliau dan Presiden PKR Anwar Ibrahim, seperti dalam rakaman audio yang tersebar baru-baru ini.

Beliau yang kecewa dan terkejut dengan penyebaran audio berkenaan berkata, pegawainya akan segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan, untuk mengenal pasti dalang di sebalik perkara itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dan Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu percaturan politik yang jahat dan jijik, yang mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.

Ahmad Zahid berkata, sebagai Presiden UMNO beliau tidak akan mencabuli dan membelakangi ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) dan Perhimpunan Agung parti itu.

Audio perbualan di antara dua individu yang dikatakan mirip suara Ahmad Zahid dan Anwar tersebar di media sosial dan blog baru-baru ini, didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Sumber : Bernama/SU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan