Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid Hamidi, isteri miliki 18 kenderaan mewah

Kereta BMW 320i (A), AUDI Q7, dan Mercedes Benz CLS 350 merupakan antara 18 kenderaan mewah yang dimiliki bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya Hamidah Khamis yang kebanyakannya menggunakan nombor pendaftaran 38.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid Hamidi, isteri miliki 18 kenderaan mewah

Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 03 Dec 2019 08:00PM Dikemas Kini : 03 Dec 2019 08:04PM

KUALA LUMPUR: Kereta BMW 320i (A), AUDI Q7, dan Mercedes Benz CLS 350 merupakan antara 18 kenderaan mewah yang dimiliki bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya Hamidah Khamis yang kebanyakannya menggunakan nombor pendaftaran 38.

Mahkamah Tinggi hari ini (3 Nov) diberitahu bahawa pasangan itu memiliki 20 kenderaan keseluruhannya termasuk lapan kereta lain seperti tiga Toyota Vellfire, Lexus LX 460, Lexus, Toyota Land Cruiser, Honda Odyssey dan Chrysler Jeep Wrangler.

Mereka juga memiliki dua motosikal jenis Harley Davidson, dua Ducati, tiga BMW, satu Kawasaki dan satu Honda C100.

Perkara itu didedahkan oleh Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Zaharudin Zainuddin, 48 tahun, ketika merujuk kepada dokumen maklumat kesemua kenderaan milik Dr Ahmad Zahid dan isterinya yang membayar cukai jalan sebanyak RM35,726.80 (S$11,687) setahun.

“Saya merujuk kepada dokumen maklumat kenderaan SAB 38 M (Lexus) dan saya mengesahkan nilai cukai jalan yang dikenakan ke atas kenderaan tersebut ialah RM5,900.80 (S$1,930).

“Saya merujuk kepada dokumen maklumat kenderaan SAB 38 A (Toyota Land Cruiser) dan saya mengesahkan nilai cukai jalan yang dikenakan ke atas kenderaan tersebut ialah RM4,366.80 (S$1,428),” kata saksi pendakwaan ke-10 itu.

Saksi itu juga membacakan satu persatu maklumat terperinci kenderaan dan insurans 19 kenderaan yang didaftarkan atas nama Dr Ahmad Zahid dan isterinya manakala sebuah kenderaan lagi didaftarkan atas nama Encik Juhari Janan yang ketika itu pegawai khas kepada Dr Ahmad Zahid.

Encik Zaharudin berkata demikian semasa membacakan penyataan saksi dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt pada hari keenam perbicaraan kes Dr Ahmad Zahid, yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.

Dr Ahmad Zahid, 66 tahun, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan