Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahmad Zahid di Ibu Pejabat SPRM untuk beri keterangan

Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi (2 Julai) bagi memberi keterangan berhubung siasatan dua kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahmad Zahid di Ibu Pejabat SPRM untuk beri keterangan

Gambar fail Dr Ahmad Zahid Hamidi di ibu pejabat SPRM. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 11:20AM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 11:24AM

PUTRAJAYA: Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi (2 Julai) bagi memberi keterangan berhubung siasatan dua kes.

Dr Ahmad Zahid, yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri, diambil keterangan oleh SPRM setelah diarah hadir oleh badan pencegah rasuah berkenaan.

Beliau yang menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam dan berpakaian batik berwarna jingga tiba pada jam 9.50 pagi.

Setibanya Dr Ahmad Zahid di hadapan pejabat badan pencegah itu, beliau terus melambai ke arah pengamal media sambil melemparkan senyuman dan terus memasuki pejabat SPRM tanpa memberi sebarang ulasan.

Difahamkan hanya Anggota Parlimen Bagan Datuk itu akan masuk memberi keterangan kepada pegawai SPRM di bilik soal siasat di bangunan itu hari ini (2 Jul).

Seawal pukul 8.00 pagi, puluhan media tempatan dan antarabangsa berada di pekarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan kes yang melibatkan Dr Ahmad Zahid.

Pada 27 Jun lalu, Dr Ahmad Zahid dihubungi SPRM yang meminta beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam keterangannya mengikut Akta SPRM 2009.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata Dr Ahmad Zahid dikehendaki hadir bagi membantu siasatan membabitkan dua kes tetapi beliau tidak mengulas lanjut tentang dua kes berkenaan.

Semalam (1 Jul), Dr Ahmad Zahid berkata keterangan yang akan diberikan adalah berkenaan kes penyelewengan dana yayasan miliknya.

Dr Ahmad Zahid antara individu penting disiasat SPRM selepas mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor, yang sudah memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan