Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemui mati; 7 lelaki ditahan bantu siasatan kes culik

Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang mayatnya ditemui di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang, Selangor, pagi tadi (27 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemui mati; 7 lelaki ditahan bantu siasatan kes culik

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 27 Jun 2020 08:31PM Dikemas Kini : 27 Jun 2020 08:32PM

RAWANG: Polis menahan tujuh lelaki termasuk seorang warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes culik seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang mayatnya ditemui di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Rawang, Selangor, pagi tadi (27 Jun).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat, berkata kesemua suspek, termasuk dalang, berumur dalam lingkungan 30-an dan 40-an, yang terbabit ditahan dalam beberapa operasi di sekitar Selangor bermula 11.00 pagi semalam.

“Mahkamah telah membenarkan permohonan reman terhadap suspek antara lima dan tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaaan dan Seksyen 3 Akta Culik 1961,” katanya ketika ditemui wartawan di lokasi yang dipercayai tempat mangsa disembunyikan di Taman Kosaso, Rawang, hari ini.

Beliau menambah siasatan awal polis mendapati seorang daripada suspek telah menghubungi keluarga mangsa dan meminta wang tebusan S$50 juta (S$16 juta), namun tiada pembayaran dibuat.

Mangsa juga dipercayai mengenali dalang kes ini, tambah Encik Fadzil.

Beliau berkata mangsa, yang terlibat dalam perniagaan hartanah, dipercayai sudahpun meninggal dunia tiga atau empat hari lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah mula reput.

Menurutnya punca sebenar kematian mangsa masih dalam siasatan dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mangsa dipercayai diculik ketika bersenam di kawasan taman permainan di Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, pada 10.30 pagi, 10 Jun lalu.

Mayat lelaki berusia 55 tahun itu ditemui kira-kira 9 .00 pagi tadi susulan penangkapan beberapa suspek kes berkenaan. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan