Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli Parlimen Pembangkang gesa sidang khas Parlimen M'sia diadakan sebelum 9 Ogos

Ahli-Ahli Parlimen Blok Pembangkang bersependapat bahawa satu mesyuarat khas Parlimen mesti diadakan segera mungkin dan tidak lewat dari 9 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli Parlimen Pembangkang gesa sidang khas Parlimen M'sia diadakan sebelum 9 Ogos

(Gambar: Jabatan Penerangan Malaysia)

Diterbitkan : 04 Aug 2021 09:01PM Dikemas Kini : 04 Aug 2021 09:03PM

KUALA LUMPUR: Ahli-Ahli Parlimen Blok Pembangkang bersependapat bahawa satu mesyuarat khas Parlimen mesti diadakan segera mungkin dan tidak lewat dari 9 Ogos.

Menerusi satu kenyataan bersama, mereka berkata mesyuarat khas di bawah Peraturan Mesyuarat 11(3) itu adalah untuk membentang, membahas dan memutuskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.

“Kami tidak boleh menerima isu sokongan terhadap Perdana Menteri ini ditangguhkan sehingga bulan September.

“Adalah amat tidak munasabah bagi sebuah Kerajaan yang dipertikai keabsahan dan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen untuk melengah-lengahkan proses menentukan sokongan di Parlimen.

“Ini kerana kami mengambil kira keadaan pandemik yang terus mencengkam rakyat, jumlah kematian akibat wabak COVID-19 yang terus meningkat begitu tinggi setiap hari, situasi ekonomi yang terus lesu dan persoalan kestabilan kerajaan yang mesti diselesaikan sekarang,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh tiga pemimpin utama Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim (PKR), Mohamad Sabu (Amanah) dan Lim Guan Eng (DAP).

Turut bersama mengeluarkan kenyataan itu adalah Mohd Shafie Apdal (Warisan), Mukhriz Mahathir (Pejuang), Wilfred Madius Tangau (UPKO), Baru Bian (PSB), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda) dan Maszlee Malik (Bebas).

Justeru, mereka berpendirian bahawa usul undi percaya tersebut wajib dibentang, dibahas dan diputuskan segera sekali gus menamatkan isu keabsahan Perdana Menteri.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan