Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli parlimen Muar Syed Saddiq daftar Parti Muda Malaysia

Ahli parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Khamis (17 Sep) mengemukakan permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli parlimen Muar Syed Saddiq daftar Parti Muda Malaysia

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Sep 2020 02:41PM Dikemas Kini : 17 Sep 2020 02:43PM

PUTRAJAYA: Ahli parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Khamis (17 Sep) mengemukakan permohonan pendaftaran parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu hadir ke RoS pada kira-kira pukul 10.30 pagi bagi menghantar beberapa dokumen untuk pendaftaran parti baharu itu.

Ditemui media selepas hadir ke RoS, Syed Saddiq yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan berkata MUDA boleh disertai pelbagai kaum di Malaysia dan tiada had umur ditetapkan.

“Parti ini akan dipimpin oleh anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat," katanya, sambil menambah MUDA kini mempunyai 13 penaja.

Menurutnya, struktur pertubuhan parti MUDA akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan