Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli Parlimen M'sia berbusana batik hadiri Dewan Rakyat

Ahli Parlimen yang hadir ke Dewan Rakyat mengenakan pakaian Batik Malaysia berwarna-warni semasa persidangan berlangsung hari ini (28 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli Parlimen M'sia berbusana batik hadiri Dewan Rakyat

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Annuar Musa memakai baju Batik Malaysia ketika menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen Ke-14, di Bangunan Parlimen pada 28 Okt 2021. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 28 Oct 2021 12:57PM Dikemas Kini : 28 Oct 2021 01:00PM

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen yang hadir ke Dewan Rakyat mengenakan pakaian Batik Malaysia berwarna-warni semasa persidangan berlangsung hari ini (28 Okt).

Antara yang dilihat berbusana batik adalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon, Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Nancy Shukri serta kebanyakan Ahli Parlimen lain.

Semasa persidangan lalu, Jawatankuasa Dewan bersetuju dengan cadangan pemakaian baju batik Malaysia berlengan panjang bagi Ahli-Ahli Parlimen ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat setiap hari Khamis, dengan tujuan mendukung warisan negara.

Dalam pada itu, Cik Nancy ketika menjawab soalan semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, memuji Ahli-Ahli Parlimen yang mengenakan pakaian Batik Malaysia.

“Bagi meraikan hari bersejarah pemakaian batik di Dewan Rakyat hari ini, saya dengan sukacita ingin memaklumkan Yang Berhormat dan semua Keluarga Malaysia akan mendapat rebat tunai bernilai RM30 (S$10) bagi setiap pembelian bernilai RM100 (S$32) yang dibelanjakan di premis atau pusat jualan kraftangan seluruh Malaysia,” katanya.

Dalam sidang media selepas itu, Cik Nancy berkata kementeriannya sedang berusaha meningkatkan pendaftaran usahawan ke dalam Platform Digital MyCraftShoppe bagi membantu para usahawan dalam bidang kraftangan meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui jualan dalam talian.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan