Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli farmasi digantung lesen setelah rosakkan 500 dos vaksin COVID-19

Sebuah lembaga di Wisconsin menggantung lesen seorang ahli farmasi yang dituduh merosakkan lebih 500 dos vaksin COVID-19 kerana merasakan ia tidak selamat.

Anggaran Waktu Membaca:
Ahli farmasi digantung lesen setelah rosakkan 500 dos vaksin COVID-19

Steven Brandenburg. (Gambar: Ozaukee County Sheriff via AP)

Diterbitkan : 14 Jan 2021 11:19AM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 11:20AM

WISCONSIN: Sebuah lembaga di Wisconsin menggantung lesen seorang ahli farmasi yang dituduh merosakkan lebih 500 dos vaksin COVID-19 kerana merasakan ia tidak selamat.

Steven Brandenburg yang bekerja di syarikat Advocate Aurora Health di Grafton, sekitar 32 kilometer dari utara Milwaukee, diberkas pada bulan lalu menyusuli siasatan ke atas 57 vaksin Moderna. Dia belum didakwa di mahkamah dan sebutan kesnya dijadualkan pada Selasa (19 Jan).

Lembaga Pemeriksaan Farmasi Wisconsin menyatakan dalam arahannya bahawa Brandenburg tidak boleh bertugas dalam bidang farmasi sepanjang tempoh khidmatnya digantung. Menurutnya lagi, Brandenburg bersetuju dengan tindakan tersebut "untuk memberi tumpuan" kepada tuduhan-tuduhan yang mungkin dikenakan ke atasnya.

Peguam Brandenburg , Jason Baltz bagaimanapun tidak segera memberikan respons kepada pertanyaan yang diajukan oleh Associated Press semalam (13 Jan).

Ketua Pegawai Perubatan Advocate Aurora Health Care, Jeff Bahr berkata bahawa Brandenburg mengaku dia sengaja mengeluarkan vaksin-vaksin tersebut daripada peti sejuk di pusat perubatan Grafton.

Seorang detektif menulis dalam keterangannya bahawa Brandenburg, 46 tahun, mengaku dia adalah seorang yang percaya teori konspirasi dan memberitahu para penyiasat bahawa dia sengaja merosakkan vaksin-vaksin itu kerana ia boleh menyakiti manusia dengan mengubah DNA mereka.

Maklumat-maklumat palsu mengenai vaksin COVID-19 mula tersebar di lelaman media sosial, antaranya mengenai bahan-bahan yang digunakan serta kesan sampingan yang mungkin timbul.

Salah stau maklumat palsu yang paling awal tersebar adalah vaksin COVID-19 boleh mengubah DNA.

Vaksin Pfizer-BioNTech dan Moderna bergantung kepada 'messenger' RNA atau mRNA, yang merupakan sejenis teknologi baru dalam vaksin yang dikaji oleh para pakar sejak beberapa tahun yang lalu.

Vaksin mRNA membantu melatih sistem imun untuk mengenal pasti pertambahan protein pada permukaan koronavirus dan mewujudkan respons imun.

Menurut para pakar, tiada kebenaran dalam dakwaan-dakwaan bahawa vaksin boleh mengubah genetik manusia. 

Sumber : AP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan