Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ahli bomba Bangkok kini lebih banyak tangkap ular dari padam api

Bilangan ular yang menyelinap masuk ke dalam rumah-rumah bandar di Bangkok kian bertambah, sehinggakan menjadi satu masalah baru bagi pasukan bomba ibu kota Thailand itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Nov 2017 09:01PM Dikemas Kini : 15 Nov 2017 09:38PM

BANGKOK: Bilangan ular yang menyelinap masuk ke dalam rumah-rumah bandar di Bangkok kian bertambah, sehinggakan menjadi satu masalah baru bagi pasukan bomba ibu kota Thailand itu.

Menurut pihak berkuasa bandaraya, jumlah ular yang ditangkap dalam rumah-rumah di Bangkok meningkat dengan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jumlah kes bertambah dari 16,000 aduan pada tahun 2013 kepada sekitar 29,000 pada tahun lalu.

Kini, para ahli bomba perlu belajar cara-cara menangani ular kerana panggilan kecemasan yang diterima adalah lebih kepada menangkap ular berbanding memadamkan api.

Kebanyakan ular yang ditemui dalam rumah-rumah serta pangsapuri tidak berbahaya dan jenis yang beracun boleh diuruskan ahli-ahli bomba.

Landskap rendah Bangkok membuat ia mudah dilanda banjir semasa musim hujan sekaligus mengundang ular dan reptilia-reptilia lain seperti biawak.

Namun, keadaan bertambah teruk dengan masalah pembuangan sampah di bandar berkenaan.

Sumber : CNA/FZ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan