Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agong terima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri

Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersetuju menerima peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri hari ini (24 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Agong terima peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri

Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 07:50PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 07:52PM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersetuju menerima peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri hari ini (24 Feb).

Menukil laporan Astro Awani, Sultan Abdulah juga bersetuju melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara, sehingga pelantikan Perdana Menteri yang baru selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

"Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri baru dilantik dan kabinet dibentuk,' kata Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini seperti dinukil laporan Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan