Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agensi risik Amerika dedah butiran campur tangan Iran, Rusia dalam pilihan raya presiden

Pegawai risik Amerika mendedahkan lebih lanjut butiran tentang campur tangan Iran dan Rusia dalam pilihan raya Amerika itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi risik Amerika dedah butiran campur tangan Iran, Rusia dalam pilihan raya presiden

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 31 Oct 2020 05:01PM Dikemas Kini : 31 Oct 2020 05:09PM

WASHINGTON: Pegawai risik Amerika mendedahkan lebih lanjut butiran tentang campur tangan Iran dan Rusia dalam pilihan raya Amerika itu.

Penggodam Iran didakwa berjaya mendapatkan data pengundi di salah satu wilayah Amerika tetapi di wilayah mana tidak diberikan.

Menurut Biro Siasatan Federal (FBI) dan Jabatan Dalam Negeri Amerika, penggodam juga cuba mendapatkan data dalam satu siri serangan siber sejak September lalu.

Mereka juga dilaporkan sudah mengimbas beberapa laman internet wilayah-wilayah Amerika, bagi sebarang kelemahan.

Ini dipercayai melibatkan penggodam yang sama bertanggungjawab ke atas gelombang emel ancaman kepada warga Amerika, awal bulan ini.

Turut dilampirkan bersama emel-emel tersebut adalah video propaganda yang mendakwa, mereka boleh mencetuskan huru-hara dengan menggodam rekod pengundi Amerika.

Para pakar mendakwa ia sebelum ini dilihat sebagai satu percubaan menakut-nakutkan orang ramai tentang kewibawaan pilihan raya Amerika itu. 

Sumber : Agensi berita/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan