Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agensi PBB tolak vaksin COVID-19 syarat perjalanan udara

Pengambilan vaksin COVID-19 sebagai syarat untuk melakukan perjalanan antarabangsa tidak sepatutnya diwajibkan, menurut agensi penerbangan awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi PBB tolak vaksin COVID-19 syarat perjalanan udara

(Gambar hiasan: Bernama)

Diterbitkan : 13 Mar 2021 03:14PM Dikemas Kini : 13 Mar 2021 03:16PM

MONTREAL: Pengambilan vaksin COVID-19 sebagai syarat untuk melakukan perjalanan antarabangsa tidak sepatutnya diwajibkan, menurut agensi penerbangan awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pasukan Bertindak Pemulihan Penerbangan Pertubuhan Penerbangan Awam (CART) mengeluarkan enam cadangan baru termasuk dua saranan yang diubah kepada negara-negara anggota bagi "mengembalikan keyakinan awam dalam perjalanan udara dan untuk para penumpang menaiki pesawat lagi."

Presiden Pertubuhan Penerbangan Awam (ICAO), Encik Salvatore Sciacchitano, berkata selepas trafik udara merosot sebanyak 70 peratus, pengangkutan udara antarabangsa kini seolah-olah menyaksikan sinar harapan baru disebabkan oleh saranan dan garis panduan baru itu.

"Majlis ini juga mempertimbangkan pendirian terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa bukti pengambilan vaksin tidak sepatutnya dijadikan syarat untuk perjalanan antarabangsa," katanya.

Virus itu dan larangan perjalanan yang dikuatkuasakan bagi mengawal penularan COVID-19 secara berkesan menyebabkan banyak pesawat komersial tidak beroperasi sepanjang tahun lalu.

Namun, pelaksanaan vaksinasi secara bertahap-tahap memberikan harapan baru untuk keadaan kembali normal.

China sebelum ini melancarkan sistem 'pasport virus' atau sijil vaksinasi sebagai usaha bagi memulakan semula perjalanan antarabangsa.

Pasport virus pertama di dunia itu dipuji dan kini skim serupa turut dibincangkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU), namun ia bukan syarat wajib.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan